Wednesday, 4 November 2009

MADU ASLI DALAM KESIHATAN TUBUH

1. Membekalkan sumber tenaga yang tinggi serta mempertingkatkan daya keupayaan para atlit sukan dan kepada sesiapa yang mengamalkan pemakanan madu lebah.

2. Mencergaskan otak serta meningkatkan daya pemikiran bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

3. Mengekalkan kelembapan kulit agar kelihatan lebih licin dan halus serta awet muda.

4. Digunakan sebagai penyembuh luka-luka, melawan jangkitan serta meningkatkan daya ketahanan badan.

5. Melancarkan sistem pencernaan dengan menambahkan pengeluaran asid hidroklorik.

6. Melancarkan sistem peredaran darah.

7. Meningkatkan daya metabolisme tubuh .

- Khasiat Madu Lebah Asli menurut Al-Quran.

Firman Allah ayat 68 dan ayat 69 dalam surah An-Nahl

Ayat 68: Dan Tuhan mu memberi ilham kepada lebah " Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang di dirikan oleh manusia.

Ayat 69: Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), "serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang di ilhamkan dan di mudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Tentang madu lebah menjadi ubat dan penawar dari berbagai-bagai penyakit, di terang juga di dalam hadith-hadith Nabi dan diakui oleh ahli-ahli perubatan lama dan baharu.

Tuesday, 3 November 2009

KHASIAT MADU LEBAH ASLI

Semenjak dahulu lagi, madu lebah dijadikan sebagai bahan minuman untuk kesihatan. Oleh yang demikian pengambilan madu lebah secara berterusan dapat menghindari pelbagai jenis penyakit dengan izin Allah antaranya seperti:

a) Darah Tinggi
b) Selsema
c) Sembelit
d) Barah/Kanser
e) Batuk
f) Lemah Jantung
g) Alahan
h) Sakit Sendi
i) Resdung
j) Lupus
k) Diabetes