1. Membekalkan sumber tenaga yang tinggi serta mempertingkatkan daya keupayaan para atlit sukan dan kepada sesiapa yang mengamalkan pemakanan madu lebah.
2. Mencergaskan otak serta meningkatkan daya pemikiran bagi kanak-kanak dan orang dewasa.
3. Mengekalkan kelembapan kulit agar kelihatan lebih licin dan halus serta awet muda.
4. Digunakan sebagai penyembuh luka-luka, melawan jangkitan serta meningkatkan daya ketahanan badan.
5. Melancarkan sistem pencernaan dengan menambahkan pengeluaran asid hidroklorik.
6. Melancarkan sistem peredaran darah.
7. Meningkatkan daya metabolisme tubuh .
- Khasiat Madu Lebah Asli menurut Al-Quran.
Firman Allah ayat 68 dan ayat 69 dalam surah An-Nahl
Ayat 68: Dan Tuhan mu memberi ilham kepada lebah " Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang di dirikan oleh manusia.
Ayat 69: Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), "serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang di ilhamkan dan di mudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia dari berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
Tentang madu lebah menjadi ubat dan penawar dari berbagai-bagai penyakit, di terang juga di dalam hadith-hadith Nabi dan diakui oleh ahli-ahli perubatan lama dan baharu.
Wednesday, 4 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment